Peninggalan Tan Tock Seng

Beliau memiliki banyak tanah utama termasuk 50 ekar (200,000 m²) kawasan stesen kereta api dan sebidang tanah menjangkau dari Padang ke High Street dan Tank Road; serta juga aset sederet rumah kedai dan sebuah ladang buah pala bersama seorang saudaranya. Ketiga-tiga anak lelaki beliau (Tan Kim Ching, Tan Teck Guan and Tan Swee Lim) mewarisi pemilikan kesemua tanah ini, anak sulungnya Tan Kim Ching turut mengambil alih menjaga hospital tinggalan ayah mereka. Tiga anak perempuannya pula mewarisi hadiah 36,000 dolar Selat sebagai tampungan sendiri; salah sati anak ini berkahwin dengan Lee Cheng Tee, seorang pemilik syarikat limbungan Cheng-Tee Watt-Seng & Co.

Beliau antara tokoh diperingati selain Sang Nila Utama, Munshi Abdullah dan Naraina Pillai semasa keraian dwiabad Singapura moden dengan terdirinya patung-patung arca di tepian Sungai Singapura tahun 2019.[6]